PERBEZAAN LAMBANG GAYONG AMERIKA DAN PSSGM

Lambang gayong adalah satu identiti silat bagi Silat Seni Gayong khususnya yang menggunakan nama PSSGM. Malahan ada segelintir yang keliru dan pelbagai logo dan bentuk seakan2 lambang gayong. Jangan nak kata orang lain, saya sendiri pun keliru.. tetapi walaupun pelbagai bentuk harimau, keris, naga, dan sebagainya asal  tidak lari dri maksud asal lambang pun sudah cukup.. 


Lambang digunakan Gayong Amerika 


Kenapa gayong amerika ini seakan sama2... tp mempunyai maksud yang berbeza.. 
saya bagi perbezaan yang kerap apa yang kita lihat pada lambang gayong amerika ini..
BUMI : Kalau kita lihat pada bumi tersebut adalah peta Amerika (U.S.A) so maksdnya logo itu diguna pakai pada amerika.. tetapi di malaysia kita mempunyai peta semenanjung serawak menunjukkan itu adalah MALAYSIA.

NAMA BAWAH BUMI (SILAT SENI GAYONG) : Silat Seni Gayong sering dipakai semua anak gayong. Kenapa? kalo kita lihat lambang gayong lain ada perkataan "PSSGM" dan bermaksud Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia . Kenapa ada "pertubuhan" dan "malaysia". "Pertubuhan" bermaksud sesebuah perguruan yang berdaftar dibawah kerajaan (ROS) adalah dikenali sebagai "Pertubuhan" dan "Malaysia" adalah identiti lambang tersebut bahawasanya Lambang tersebut diguna pakai oleh anak gayong yang berada di malaysia. 

ini adalah ringkasan sedikit perbezaan lambang gayong amerika dan lambang gayong PSSGM.

Kenapa saya isukan?

Saya sering pergi ke majlis gayong dan mejoritinya menggunakan lambang gayong amerika pada banner dan bunting mereka. Saya bertanya kepada yang bertanggjawab membuat banner dan bunting tersebut.

dan kebanyakkan alasan yang saya jumpa adalah, mereka design kan banner dan bunting kepada lambang asal gayong iaitu lambang digunakan PSSGM sekarang ini, tetapi bila dihantar ke kedai design tersebut, designer tersebut menukar lambang gayong amerika( sebab dia xtaw lebih kurang sama) , katanya lagi terang dan cerah.  

Oleh itu,  terdetik dihati saya untuk trace lambang gayong PSSGM yang ada untuk diguna pakai oleh anak gayong. Tetapi lambang yang saya pilih adalah dibawah ini.. dan lambang ini 


Trace  By Radhi Al Mardhatillah
Gambar Trace PSSGM 

 (kalau nak buat banner bunting nak guna lambang gayong ambil yang ini!!)



Gambar Ori( ASAL)


Saya Trace Gambar Ori (ASAL)  menggunakan Adobe Ilustrator CS6, so bagi sesiapa sekali pun nak soft copy lambang gayong dalam bentuk AI.. boleh whatsapp saya dan kenalkan diri dan berikan saya email anda. Saya berbuka hati untuk memberinya tanpa bayaran.  Radhi - 013-2493625.

kepada yang tidak terima logo diatas dan ingin memilih logo selain dari itu, saya akan kenakan bayaran.. murah dan x mahal.. penelitian akan diterapkan pada logo tersebut yang anda pilih.

bagi anak gayong diluar sana yang menggunakan atas nama PSSGM lambang diatas ini dialu2kan untuk buat banner bunting, design baju atau semuanya yang melibatkan lambang gayong, dan tiada bayaran dikenakan, supaya tiada kekeliruan antara lambang gayong amerika dan PSSGM.

Tiada isu berbangkit, cuma saya cuma ketengahkan suapaya kepada sesiapa yang ingin menggunakan lambang gayong sebenar di Malaysia agar faham maksud sebenar lambang gayong tersebut dan diguna pakai.

Kedua2nya adalah Anak Gayong, bawah aliran Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman. tiada dosa tiada salah pun kalo kita gunakan lambang gayong kedua2nya.. cuma keterangan kepada generasi yang akan memimpin gayong pada masa akan datang akan faham kedudukan SILAT SENI GAYONG sebenar.

Sekian Terima kasih.

Segala persoalan mengenai design boleh whatsapp saya,
saya sedia membantu tanpa charge..


Email : almardhatillah.design@gmail.com
Facebook : https://web.facebook.com/Almardhatillah/
atau klik dibawah ↓↓↓↓↓↓

https://linktr.ee/almardhatillah_design



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PAKEJ PERKAHWINAN (PHOTOGRAPHER)

PERKHIDMATAN DESIGN DAN PENCETAKAN (PRINTING) SECARA ONLINE